Pages

Thursday, June 23, 2011

Kena tindih

Hye kawan-kawan and bloggers :)

Korang paham tak pasal tajuk yang aku cakap kat atas, pasal KENA TINDIH. Kalau secara paranormalnya kita fikir, ada BENDA yang berada di atas kita semasa kita baring, especially masa kita tengah tido. Macam ada something yang hempap kalau dalam bahasa yang lebih ringkas. Ketika itu, orang yang kena tu mungkin akan mengalami kesukaran bergerak, dan bercakap. 

Korang penah kena tak? Aku nak cerita sikit pengalaman aku yang dah beberapa kali kena. Tapi kita anggap ni sebagai satu cerita je. jangan terlalu percaya atau taksub ok. :)

Dulu aku lepas abis UPSR tahun 2002, aku masuk salah sebuah sekolah asrama penuh kat Sarawak. Well of course la kat Sarawak, aku pun orang sini kan. Sekolah tu ok je, cikgu-cikgu nya baik, senior pun ok. Tak ragging and buli macam aku slalu dengar kat sekolah lain tu. Alhamdulillah dapat masuk sekolah tu. 

Kejadian kena tindih tu dah beberapa kali berlaku kat aku, tapi seingat aku, yang paling teruk pernah berlaku masa aku Form 3. Ok, begini citenye.

Masa tu dalam pukul 2-3 pagi. Orang laun sume da nyenyak tido, termasuk lah aku yang memang dalam kategori orang suka tido awal. Aku tido kat katil sendiri, ditemani oleh junior aku yang masa tu memang suka tido ngan aku. Aku tak kisah la katil tu sempit ke, aku ok je kan. Masa tengah tido tu, aku kena tindih.Masa kena tindih, nak laung Allahu Akbar pun susah. Tapi sebagai orang Islam, kena la ikhtiar pape je pun kalau kena kan. Tak macam dalam some cite antu kat tv tu. Ape laa. Aku try jugak sebut Allahu Akbar. Lepas! Alhamdulliah.. Then kejut la junior kat sebelah aku. Time-time macam tu pulak susah nak kejutnye.. Dye pun main angguk-angguk je mase aku cakap. Tak kisah la. Dalam tengah mamai tu aku bace Ayatul Kursi.

Baru beberapa saat aku lelapkan mata, dah kena lagi daa.. benda yang sama aku wat. Aku cuba baca apa yang patot masa aku kena, kejutkan junior aku. Then sambung tido balik.


Yang paling tak boleh blah mase aku kena for the third time pada malam yang sama. Masa tu, dalam keadaan separuh sedar. Aku plak tido terlentang and kaki kanan aku aku bengkokkan sikit. Macam gaya wat sit-up la tapi kaki sebelah kanan je bengkok. Kiri lurus. Aku rase macam aku bukak mata, tapi aku tak ley gerak. macam dalam mimpi ade gak. Dalam kesamaran tu, aku nampak BENDA HITAM kat atas lutut kaki kanan aku. Mase tu cuak sikit laa. Nasib baik nampak bulat je bendanya. Kalau nampak la rupa betol.. Ishh..


Aku pun cuba baca ayat Kursi ldan ayat- ayat lain agi dalam panik tu. Alhamdulillah lepas. Kali ni nak tak nak, aku kejutkan jugak junior aku tu. Masa tu dia pun da cuak sebab 3 kali aku kena. Kejut pulak roomate aku yang lagi senior dari aku. Dia cakap tenang.. Baca ayat yang patut. Baca betol2. Maybe aku salah gak kot. Bacaan aku malam tu tak betol sangat. Base la. Mamai. panik lak tu. Lepas kena untuk kali ketiga tu, alhamdulillah tak kena dah. Untuk malam tu je la. Aku anggap apa yang aku nampak tu, mimpi je.

Dalam Islam, kejadian ini tidak dinafikan. Nak tahu lebih lanjut klik kat sini.
Tapi lain pulak dari segi saintifik nya. Kejadian ni berlaku disebabkan malfunction badan masa kita tido. Secara temporary je la. Nak tahu lebih banyak click kat sini. Tapi kita sebagai manusia tak boleh menolak bulat bulat hal ini. Sekejap kata percaya lagi sains nye, tapi tolak fakta dari aspek agama. Nauzubillah.

Dah dah puas dah membebel. Itu saja. Daa~

p/s : masa aku Form 5, kawan aku cakap pada malam kejadian, dye pun nampak benda itam kat kaki aku tu. Padahal dah  dua tahun perkara tu jadik. Mungkin tak nak takutkan aku kot. Realiti sebenarnya? Wallahualam..





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...