Pages

Showing posts with label Sekolah Menengah Sains Kuching. Show all posts
Showing posts with label Sekolah Menengah Sains Kuching. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

Dila dan tasha

Hye hye hye

Tadi tengah syiok online kat fesbuk, kawan aku tegur aku. Nape lame tak update blog? Mane entry kau. Ngeh ngeh. Aku baru je dapat online ni. Dah banyak hari da laptop aku meragam, connect internet boleh, nak surf tak ley plak. Kenape? Aku pun tak taw. Abang aku tolong setel. Haha

Hum. Rase rindu ngan scholmate aku dulu. Paling rindu kat besties aku la.

Dila dan Natasha
Tu kawan-kawan aku. Ari Sabtu tu diorang gi mandi-manda ngan kawan-kawan sekolah aku yang lain. Aku cam base la tak ley nak ikut. hohohoho. Haru mak taw~

Hum. Plan nak turun Kuching tengah bulan Julai ni. Lame da tak jumpe kawan-kawan. Actually most of kawan-kawan yang rapat ngan aku mase kat Sainsku dulu, kebanyakannya study kat Unimas je. Tapi si Tasha, Aimi, and Ein la yang aku jarang jumpa sejak abis SPM. Tasha boleh lagi kot kalau nak jumpa. Study kat UIA tapi rumah kat Kuching. Dah lame da tak jumpa, Ustazah da ke? :P

Dila ni antara manusia yang palin rajin contact aku. Tak kira Fesbuk, pm, skype, belog ni pun. hehe. Suka suka suka :D Kat unimas aku jadi runner si Dila ni, promot untuk tempahan menjahit, hantar kain kat dye. Quite fun gak la keja tu, haha. Sambil2 tu boleh la dapat duit lebih sikit. hehe. Kalau satu baju kurung tu aku dapat komisen dalam RM3. Kalau 10? Hehe  ;) Gi warung lepak same2, bes la :)

Tu je la. Kalau nak kenal Dila, checkout http://dil274.blogspot.com/. Kalau nak kenal si Tasha lak, checkout http://nurulnatasha90.blogspot.com/.

I love you both.



Nota kecik : Kawan-kawan yang lain, akan ade entry tok korang. Jangan risau.  :) Mode BM. Semua orang paham ;)



Thursday, June 30, 2011

Happy birthday Sayang :)

Hye hye hye

Uhhh. Lame tol rasenye aku tak update belog aku nih. Padahal baru je sehari aku tak update. Hak hak. Takde idea la. Nak update macam mane.

Sayang? Oopps. Omaigod. Nurashikin da ade buah ati baru ke. Har har har. Mane de. memandai je kaww. Ari ni birthday adik angkat tak rasmi aku yang ke 19. Dye la sayang yang aku maksudkan tuh. uhhh. Sape yang bertuah sangat yang aku panggil sayang tu? Haaa. Ini dye.

Cik Fara
Itu dia Cik Fara kite. Hahaha. Name betul dye Dayang Fara 'Azura. Aku kenal dye masa kat skola dulu. Mase tu aku Form 3, dye baru masuk Form 1. Orang cakap muka kitorang same, so aku amek la dye jadi adik angkat ;) Aku pun tak taw same ke tak sebenanye. Hehe.

Dulu mase mula-mula jumpa, Fara ni kecik je. Skang lagi besa dari aku. Haha. Takpe, kecik itu comel kan? :P

Lap u Fara


Jap eyh. Sarawak mode kejap.

Fara fara fara. Haha. Mek sekda pa mokk berik ngan kitak eyh birthday kali tok. P mek nang sik penah berik nak. Hoho. Lom ada rezki nak merik. Pa yang mek dapat berik ngan kitak ialah doa kamek. Semoga kitak berjaya k jadi doctor ya. Mun dah berjya lak, bukak klinik dikpun, boleh la berik mek diskaun tok. Hakhak. Kidding ;) May Allah bless . Tok birthday cake kitak. Imagine jak la :P




Nyum nyum. Sedap nye kek coklat. BM mode balik. Haha. Nak kenal Fara lebih lagi check out dye punye blog.


K la. Tu je. Bye

 Nota kecik : Fara, mek ambik gamba ya dari FB kitak :P

Thursday, June 23, 2011

Kena tindih

Hye kawan-kawan and bloggers :)

Korang paham tak pasal tajuk yang aku cakap kat atas, pasal KENA TINDIH. Kalau secara paranormalnya kita fikir, ada BENDA yang berada di atas kita semasa kita baring, especially masa kita tengah tido. Macam ada something yang hempap kalau dalam bahasa yang lebih ringkas. Ketika itu, orang yang kena tu mungkin akan mengalami kesukaran bergerak, dan bercakap. 

Korang penah kena tak? Aku nak cerita sikit pengalaman aku yang dah beberapa kali kena. Tapi kita anggap ni sebagai satu cerita je. jangan terlalu percaya atau taksub ok. :)

Dulu aku lepas abis UPSR tahun 2002, aku masuk salah sebuah sekolah asrama penuh kat Sarawak. Well of course la kat Sarawak, aku pun orang sini kan. Sekolah tu ok je, cikgu-cikgu nya baik, senior pun ok. Tak ragging and buli macam aku slalu dengar kat sekolah lain tu. Alhamdulillah dapat masuk sekolah tu. 

Kejadian kena tindih tu dah beberapa kali berlaku kat aku, tapi seingat aku, yang paling teruk pernah berlaku masa aku Form 3. Ok, begini citenye.

Masa tu dalam pukul 2-3 pagi. Orang laun sume da nyenyak tido, termasuk lah aku yang memang dalam kategori orang suka tido awal. Aku tido kat katil sendiri, ditemani oleh junior aku yang masa tu memang suka tido ngan aku. Aku tak kisah la katil tu sempit ke, aku ok je kan. Masa tengah tido tu, aku kena tindih.Masa kena tindih, nak laung Allahu Akbar pun susah. Tapi sebagai orang Islam, kena la ikhtiar pape je pun kalau kena kan. Tak macam dalam some cite antu kat tv tu. Ape laa. Aku try jugak sebut Allahu Akbar. Lepas! Alhamdulliah.. Then kejut la junior kat sebelah aku. Time-time macam tu pulak susah nak kejutnye.. Dye pun main angguk-angguk je mase aku cakap. Tak kisah la. Dalam tengah mamai tu aku bace Ayatul Kursi.

Baru beberapa saat aku lelapkan mata, dah kena lagi daa.. benda yang sama aku wat. Aku cuba baca apa yang patot masa aku kena, kejutkan junior aku. Then sambung tido balik.


Yang paling tak boleh blah mase aku kena for the third time pada malam yang sama. Masa tu, dalam keadaan separuh sedar. Aku plak tido terlentang and kaki kanan aku aku bengkokkan sikit. Macam gaya wat sit-up la tapi kaki sebelah kanan je bengkok. Kiri lurus. Aku rase macam aku bukak mata, tapi aku tak ley gerak. macam dalam mimpi ade gak. Dalam kesamaran tu, aku nampak BENDA HITAM kat atas lutut kaki kanan aku. Mase tu cuak sikit laa. Nasib baik nampak bulat je bendanya. Kalau nampak la rupa betol.. Ishh..


Aku pun cuba baca ayat Kursi ldan ayat- ayat lain agi dalam panik tu. Alhamdulillah lepas. Kali ni nak tak nak, aku kejutkan jugak junior aku tu. Masa tu dia pun da cuak sebab 3 kali aku kena. Kejut pulak roomate aku yang lagi senior dari aku. Dia cakap tenang.. Baca ayat yang patut. Baca betol2. Maybe aku salah gak kot. Bacaan aku malam tu tak betol sangat. Base la. Mamai. panik lak tu. Lepas kena untuk kali ketiga tu, alhamdulillah tak kena dah. Untuk malam tu je la. Aku anggap apa yang aku nampak tu, mimpi je.

Dalam Islam, kejadian ini tidak dinafikan. Nak tahu lebih lanjut klik kat sini.
Tapi lain pulak dari segi saintifik nya. Kejadian ni berlaku disebabkan malfunction badan masa kita tido. Secara temporary je la. Nak tahu lebih banyak click kat sini. Tapi kita sebagai manusia tak boleh menolak bulat bulat hal ini. Sekejap kata percaya lagi sains nye, tapi tolak fakta dari aspek agama. Nauzubillah.

Dah dah puas dah membebel. Itu saja. Daa~

p/s : masa aku Form 5, kawan aku cakap pada malam kejadian, dye pun nampak benda itam kat kaki aku tu. Padahal dah  dua tahun perkara tu jadik. Mungkin tak nak takutkan aku kot. Realiti sebenarnya? Wallahualam..





Wednesday, June 15, 2011

I know it's late - But still, Happy Teacher's Day

Hye kawan- kawan. 
Hari ni suppose aku gi skolah lame aku, ade sambutan teacher's day kat sane. Tapi ade problem sikit la. So tak dapat nak pegi. Huhu. Mesti kawan-kawan aku ramai yang pergi..:'(

Ape-ape pun nak ucap jugak Selamat hari Guru kat cikgu-cikgu sekolah aku, especially cikgu-cikgu yang pernah ajar aku tuh. Kalau tak sebab diorang, aku takkan sampai ke tahap ni. Walaupun tak berjaya sangat macam kawan-kawan aku yang lain, ade yang amek engineering, medic, pharma etc, stadi obesi la, aku tetap syukur. At least sampai gak kaki aku ni ke Menara Gading kan. Alhamdulillah :)

Cikgu-cikgu, u are the best. I award this trophy for all of u. *yerr* haha





Mase kat skul dulu, ingat lagi, kalau class Addmath nak start, bukan main cuak aku. Sebab nye? Adakah cikgu itu garang terlampau? Tidak same sekali. Hehe. Dulu Mr. Lim yang ajar aku Add Math. Dye ni Guru Cemerlang taw. Tapi orang nye sangat humble. Strict? Agak laa. ye la kalau tak strict, takkan la SM Sains Kuching tu slalu dapat kedudukan top 3 dalam SBP untuk subjek Add Math. Dalam strict nye, ade lembut nye. Boleh bawak gurau. 

Haha. Dalam kelas dye slalu panggil aku, bukan Nurashikin. Dye panggil macam ni, 'Nuuruuushikinn..' macam tu. Haha. Slalu kene tego sebab dapat markah rendah dalam kelas. Bagi dye 70 lebih tu kire rendah.. huhu. Tapi bagusla kan. Kene force baru la boley buat. 




Pastu plak, kalau tengah gurau-gurau dalam kelas, mesti cikgu aku ni suke sebut 'Siaaawwww ah u,'.. haha. tu macam dah jadi trademark beliau. mase tu budak-budak form 5 memang ikut lah tu. Guess what. Kawan-kawan aku antara yang paling kerap gune perkataan tu. haha. Fiza, tasha, dila.. yang lain-lain tu jugak.. maksud siaw tu ayam kalau tak silap. bahasa cina kot. 

Eyh, asyik cite sal cikgu AddMath jek? Haha. No offense. Cikgu lain pun aku ingat gak. Yang ajar aku Bio pun Guru Cemerlang gak, Cikgu Habshah. Pun same yang ajar Chemistry, Mr. Jong. Kalau nak cite sal cikgu-cikgu tu semua, tak larat jari aku nak menaip.

Sekali lagi, I love my teachers. May God bless all of them :)


Done updating. Daa~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...