Pages

Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Wawa, basikal dan Tahajjud Cinta

Hye hye hye

Baru je nak menaip ni. Hehe. Ade idea boleh la bercerita kat belog ni, kalau takde, macam mane nak update kan ;)

Petang tadi aku gi umah mak cik aku. Rumah tu nak kate jauh, boleh la. Kalau berjalan pun amek mase 15 minit.  Kalau dulu mase kat Unimas, before depo bas dipindahkan kat Kenanga, aku memang da base jalan jauh sebab nak naik bas pergi fakulti. Tapi sekarang ni dah cuti, lemak dah berkumpul, nak jalan pun tak larat. Haha


Aku naik basikal nak gi umah makcik aku. Lenguh kaki mak taw nyah. Adek aku relax je bawak basikal dye tuh. Hahaha. Kalah dengan adek sendiri. Malu je. 

Wawa dan basikal kesayangannya

Hahahaha. Mengong. Nasib baik basikal yang aku kayuh tu laju, basikal adek aku gune plak yang dah semput nye, so boleh lah aku mengekalkan kedudukan kat depan. Hoho.

Si Wawa adek aku ni ala-ala lelaki sikit perangainya, mungkin sebab masa kecik dulu dye banyak abiskan mase ngan bapak, abang and adik laki aku. Aku kan sekolah kat bandar lain, mak aku lak jarang ade kat umah. Tak kisah la perangai cam lelaki pun, naluri perempuan tu ade lagi. Boleh je kalau aku ajak lipat kain dan buat keje-keje pompuan yang lain :)

Basikal ni entah yang ke berape dah. Hahaha. Takde keje main la basikal. Mula-mula mase nak beli basikal dulu, dye Primary 1. Bapak aku janji nak belikan basikal tok dye, dye siap tanda kat kalendar lagi bile bapak aku nak beli basikal. Ngeh ngeh. kalau ingat balik, lucu la jugak. Kecik lagi kt mase tu.

Baru je pas tengk cite Tahajjud Cinta kat TV3, ganti cinta Keranamu Laila yang dah abis minggu lepas. Ok la cite tu. Pelakon pun yang hebat-hebat. Macam Fouziah Ghous, Nor Fazura etc. Part yang paling menarik perhatian aku, masa Citra (Nor Fazura) bual ngan mama ( Azizah Mahzan) kat fon. lebih kurang macam ni la dialog dye.

Citra: Mama wat ape kat London tu? Shopping?
Mama: Shopping? Mama dah boring dah dengan this gloomy London. Baru dua bulan lepas kat sini, ni datang balik, papa lah ni.
Citra: Owh.. Ma, ape kata mama pegi ke Mekah, tempat paling cantik dan suci.
Mama : ......(pastu ubah tajuk)

Aku : Errr.. ade ke orang macam tu.. huhu -.- 

Hum.. mungkin ade kot orang macam tu. Aku ni pun baru 20 tahun hidup. Manusia ni kadang-kadang tak reti nak bersyukur kan. Duit banyak, rezeki melimpah, tapi lupa Tuhan. 

May Allah protects and keeps us at the right path. Amiin..

Tu je la kot. Bye


Sunday, June 19, 2011

Kematian itu pasti..

Assalamualaikum..

Hye kawan-kawan dan sahabat handai. Hari ni hari bapa. Jadi Selamat Hari Bapa kepada mereka yang bergelar bapa, tidak kira yang muda, tua dan sebagainya.


Ari ni pagi-pagi lagi aku dah dikejutkan dengan satu berita. Salah seorang jurulatih di Palapes Unimas meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan jalan raya. Kalau tak silap sebab langgar lari. Aku takdela rapat sangat dengan jurulatih tu, tapi sedikit terkejut dengan berita yang aku terima. Baru hari tu aku bergurau dengan jurulatih tersebut, mase latihan menembak bulan Mei yang lepas. Sape orang nye aku tak perlu la mention, tapi aku hormat beliau sebabnye jurulatih Palapes walaupun tak seagama dengan aku. May he rest in peace.


Allahyarham Zami Ismail dalam HKLBR

Tengah hari pulak, mase aku tengah layan Melodi, satu lagi berita yang mengejutkan aku tentang pemergian pelakon dan pelawak, allayarham Zami Ismail. Bila tu, aku tak pasti sebab aku tak dengar sangat tadi. Mase tu kat rumah aku ade bunyi bising sikit. huhu. Baru semalam aku tengok arwah dalam cite Hantu Kak Limah Balik Rumah yang aku tak tahu untuk yang ke berape kali dah aku tengok . Moga arwah tenang di sana dan di tempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amiin ya Rabbil Alamin.. Al-Fatihah untuk arwah. 




Bila dengar pasal kematian yang secare tibe-tibe macam ni, buat aku terfikir, bersediakah kita untuk mati, cukupkah bekalan kita, bersediakah kita untuk menjawab soalan Mungkar dan Nangkir, bersediakah kita nak mengadap Tuhan yang Maha Esa? Sesungguhnya kematian itu pasti terhadap setiap makhluk Allah. Seperti firman Allah :


“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)


Masa aku belajar kat skolah dulu, ustazah aku penah cakap, malaikat Mungkar dan Nangkir menjalankan tugas mereka, setelah 7 langkah keluarga kita meninggalkan tanah tempat jasad kta bersemadi. Masa tu hanya amal yang kita buat di dunia, dan doa keluarga dan sahabat handai kita saja yang boleh tolong. Kalau hafal macam mane pun jawapan untuk soalan dalam kubur tu, takde amal kat dunia pun tak guna. 


Oleh itu, beringat-ingatlah kite masa masih hidup kat dunia ni, bahawa amalan di dunia ni cukup penting untuk kesejahteraan kita di akhirat kelak. Bukan nye aku nak berlagak alim, malahan aku sendiri pun belum sempurna, tapi sama-samalah kita memberi peringatan kepada rang lain, seterusnya kepada diri sendiri. Dunia ini fana'. Akhirat itu kekal abadi. Seperti firman Allah : 


“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26)


Moga kita dilindungi Allah s.w.t dan sentiasa berada di jalanNya. InsyaAllah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...