Pages

Sunday, June 19, 2011

Kematian itu pasti..

Assalamualaikum..

Hye kawan-kawan dan sahabat handai. Hari ni hari bapa. Jadi Selamat Hari Bapa kepada mereka yang bergelar bapa, tidak kira yang muda, tua dan sebagainya.


Ari ni pagi-pagi lagi aku dah dikejutkan dengan satu berita. Salah seorang jurulatih di Palapes Unimas meninggal dunia pagi tadi akibat kemalangan jalan raya. Kalau tak silap sebab langgar lari. Aku takdela rapat sangat dengan jurulatih tu, tapi sedikit terkejut dengan berita yang aku terima. Baru hari tu aku bergurau dengan jurulatih tersebut, mase latihan menembak bulan Mei yang lepas. Sape orang nye aku tak perlu la mention, tapi aku hormat beliau sebabnye jurulatih Palapes walaupun tak seagama dengan aku. May he rest in peace.


Allahyarham Zami Ismail dalam HKLBR

Tengah hari pulak, mase aku tengah layan Melodi, satu lagi berita yang mengejutkan aku tentang pemergian pelakon dan pelawak, allayarham Zami Ismail. Bila tu, aku tak pasti sebab aku tak dengar sangat tadi. Mase tu kat rumah aku ade bunyi bising sikit. huhu. Baru semalam aku tengok arwah dalam cite Hantu Kak Limah Balik Rumah yang aku tak tahu untuk yang ke berape kali dah aku tengok . Moga arwah tenang di sana dan di tempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amiin ya Rabbil Alamin.. Al-Fatihah untuk arwah. 




Bila dengar pasal kematian yang secare tibe-tibe macam ni, buat aku terfikir, bersediakah kita untuk mati, cukupkah bekalan kita, bersediakah kita untuk menjawab soalan Mungkar dan Nangkir, bersediakah kita nak mengadap Tuhan yang Maha Esa? Sesungguhnya kematian itu pasti terhadap setiap makhluk Allah. Seperti firman Allah :


“Setiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati, dan Kami menguji kalian dengan kejelekan dan kebaikan sebagai satu fitnah (ujian), dan hanya kepada Kami lah kalian akan dikembalikan.” (Al-Anbiya`: 35)


Masa aku belajar kat skolah dulu, ustazah aku penah cakap, malaikat Mungkar dan Nangkir menjalankan tugas mereka, setelah 7 langkah keluarga kita meninggalkan tanah tempat jasad kta bersemadi. Masa tu hanya amal yang kita buat di dunia, dan doa keluarga dan sahabat handai kita saja yang boleh tolong. Kalau hafal macam mane pun jawapan untuk soalan dalam kubur tu, takde amal kat dunia pun tak guna. 


Oleh itu, beringat-ingatlah kite masa masih hidup kat dunia ni, bahawa amalan di dunia ni cukup penting untuk kesejahteraan kita di akhirat kelak. Bukan nye aku nak berlagak alim, malahan aku sendiri pun belum sempurna, tapi sama-samalah kita memberi peringatan kepada rang lain, seterusnya kepada diri sendiri. Dunia ini fana'. Akhirat itu kekal abadi. Seperti firman Allah : 


“Seluruh yang ada di atas bumi ini fana (tidak kekal).” (Ar-Rahman: 26)


Moga kita dilindungi Allah s.w.t dan sentiasa berada di jalanNya. InsyaAllah..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...